Friday, May 25

Petua Mengatasi Rambut Botak Dan Gugur...

1. Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik, yang mudah boleh guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 kali seminggu.



2. Selepas shampoo rambut, lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan urut ke kulit kepala. Selepas itu, bilas. Guna conditioner yang biasa anda gunakan untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.


3. Bagi merawat rambut yang rosak, anda boleh gunakan pisang. Caranya, ramas pisang dan campur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda. Kemudian syampu (sebaik-baiknya syampu herba) dan conditioner.


4. Untuk mengatasi masalah rambut gugur dan botak, anda boleh mengamalkan urutan minyak arnica setiap hari. Ia telah terbukti dengan maklum balas pembeli minyak arnica yang dipakej bersama-sama set rawatan rambut gugur dan botak. Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, karot, buah manga, apricot kering dan juga cereal.


5. Untuk kes beruban sebelum waktunya (premature greying), jika emak atau ayah anda telah beruban pada usia muda, secara genetiknya anda juga berkemungkinan akan mengalaminya pada seawal usia 40an atau lebih awal. Uban adalah proses semulajadi apabila pigmen atau melanin rambut gagal untuk menghasil pigmentasi, lalu terjadilah uban apabila usia meningkat. Uban juga boleh terjadi pada usia remaja walaupun anda tidak mempunyai keturunan.


Ada beberapa amalan cara hidup yang mungkin mengakibatkan anda akan beruban lebih awal iaitu:

1. Jika anda adalah perokok tegar atau peminum alkohol
2. Gagal mengawal stress yang berpanjangan
3. Terlalu kerap mengambil kopi dan teh
4. Pengambilan secara berlebihan makanan berlemak dan makanan berasid, seperti jeruk


Untuk melambatkan proses beruban, anda perlu mengamal gaya hidup sihat seperti berikut:

a. Mengambil makanan yang kaya dengan protein seperti bijirin cereal, soya dan daging
b. Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, mineral dan vitamin A dan B.
c. Sumber semulajadi Vitamin A – sayuran yang berdaun hijau gelap dan buah yang berwarna kuning.
d. Sumber asli Vitamin B – sayuran segar berwarna hijau, pisang, tomato, sereal, yogurt dan lain-lain
e. Sumber asli mineral seperti zat zinc, besi dan tembaga – zinc - daging merah, ayam dan sayuran hijau , zat besi – daging, apricot, telur, bijirin dan biji bunga matahari, zat tembaga – ketam dan tiram dan gandum.



# Saya pun dah ada uban ni... tapi masih jarang2 lagi. Kalau en Hubby memang dah merata ubannya. Masing2 dah 3 series lah katakan...

Wednesday, May 23

Minggu Ini Mood Seolah Terbang Dibawa Angin...

Kalau ada sesiapa yang perasan, minggu ni banyak entry yang membosankan dan kebanyakannya di publish lewat dari kebiasaan. Entahlah kenapa. Mood terbang dibawa angin lalu jauh nun ke utara. Memanglah dah ada teman baru en Acer yang serba baru dan besar.... tapi itu bukan jaminan mood ni ceria selalu.


Sampailah saya suarakan rasa hati yang tak best ni pada en Hubby. Saya kata... minggu ni dirasakan paling tak best dan paling lambat kalau dibandingkan minggu2 sebelumnya tanpa dia di sisi. Entahlah... macam ni lah emosi ibu mengandung agaknya. 


Cuma satu pesan dari en Hubby... Hari yang berlalu sama saje. 5 hari juga. Dan yang paling penting ayang kena happy2 selalu. Takmau sedih2. Alahai... lagilah buat saya tak keruan jadinya. Cepatlah Jumaat. Saya tak sanggup dah kena tinggal lagi. Makin hari makin tak larat rasanya ni.


# Sekadar luahan hati dari mak buyung di petang hari...

Wordless Wednesday: Lena Di Mana Saja...


Inilah gayanya bila dia dah kepenatan.
Lena di mana saja tak kira tempat.
Tak perlu bantal pun...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails